Image description
rashad khalifa
Matan Jauharah At-Tauhid (Terjemahan) - Syaikh Ibrahim

Matan Jauharah At-Tauhid (Terjemahan) - Syaikh Ibrahim

Jauharatut Tauhid: Dan inilah satu nazam dari bahar rajaz (i) yang telah aku gelarkan Jauharah yang sungguhnya telah aku bersihkannya. 8 Dan akan Allah aku berharap pada mendapat keredhaan halnya memberi manfaat dengan dia akan orang yang berkehendak lagi luba kepada pahala. Maka orang yang telah dibererti pada syarak atasnya mengetahui ia akan sekalian barang yang wajib. 10 Bagi Allah dan yang harus dan yang mustahil pada haqNya dan akan seumpama yang demikian itu bagi sekalian pesuruhNya. Maka dengarlah olehmu. 11 Kerana orang yang bertaqlid pada ilmu imannya tiada sunyi daripada syak atau keraguan. 12 Kerana keraguannya itu setengah menceterakan sah imannya atau dan setengah mereka menguatkan ia pada iman muqallid itu akan kenyataan. 13 Berkata ia jika jazam dengan mengikut kata orang lain memadalah ia. Dan jika tidak sentiasalah ia di dalam kemelaratan (bahaya). Dan jazamkan dengan bahawasanya daripada barang wajib mukallaf mengenal Allah. Dan padanya pertikaian yang terdiri. Maka tiliklah kepada dirimu! Kemudian pindahkan! bagi alam yang di atas, kemudian alam yang dibawah. 16 Nescaya engkau dapati padanya beberapa pertukangan perbuatan yang akan tetapi dengannya yang telah berdiri ketandaan binasa. Dan yang harus atasnya mustahillah atasnya bersifat qidam. Dan telah diertikan iman itu dengan bermula mengucap kalimah itu padanya pertikaian dengan ketetapan dalil.

© 2026 - Semua hak dilindungi undang-undang. PT dengan modal Rp 10.000.000.000. Jl. Jend. Sudirman Kav. 52-53, Jakarta Selatan 12190